Friday, October 30, 2015

Terbitan Terbaharu Khazanah Fathaniyah (Oktober 2015)

Salah satu sasaran Khazanah Fathaniyah untuk tahun 2015 ini adalah berusaha untuk menerbitkan kembali karya-karya ulama kita ini agar selaras dengan perkembangan semasa untuk setiap peringkat golongan, selain memudahkan rujukan bagi yang baharu mengenali karya-karya ini, agar timbul minat dan ada kesinambungannya untuk generasi mendatang. 

Antara kaedah adalah mencetak kembali kitab-kitab yang pernah diterbitkan sebelum ini  (Jawi sepenuhnya) dengan merumikan kepada latin. Alhamdulillah, beberapa judul telah terlaksana, dan terbaharu diterbitkan merupakan salah satu kitab yang amat penting di alam Melayu, iaitu Ṭayyib al-Iḥsān fī Ṭibb al-Insān. Merupakan sebuah kitab perubatan karya Syeikh Ahmad al-Fathani, antara ulama yang paling awal dikaji oleh pengasas Khazanah Fathaniyah, almarhum Hj. Wan Mohd Shaghir Abdullah. 

Bahagian depan kitab
Bahagian tepi@ tulang kitab

Keterangan berkenaan kitab adalah berikut :

Judul:
Ṭayyib al-Iḥsān fī Ṭibb al-Insān (KITAB PERUBATAN MELAYU)

Pengarang:
Al-‘Ālim al-‘Allāmah al-Dhakī al-Shaykh Wān Aḥmad ibn Muḥammad Zayn ibn Muṣṭāfā al-Faṭānī

Diperkenal, Dirūmī dan Dikaji oleh
Dr. Mohd Affendi bin Mohd Shafri

Penerbit:
Khazanah Fathaniyah & Klasika Media-Akademi Jawi Malaysia

Bilangan mukasurat:
200 muka

Harga: RM45.00
Pos Semenanjung: RM7.00
Pos Sabah/Sarawak: RM12.

 * Gambar kitab Ṭayyib al-Iḥsān fī Ṭibb al-Insān: Kredit kepada FB Klasika Media, iaitu penerbit bersama Khazanah Fathaniyah. 

  ***

Selain berupa buku, Khazanah Fathaniyah juga mencetak terbitan berupa poster, sebagai langkah awal untuk memperluaskan dan memperkenalkan lagi ulama-ulama kita dengan kaedah yang lebih mudah difahami. Poster terbaharu bulan ini yang diterbitkan oleh Khazanah Fathaniyah adalah berikut :

Keterangan poster:

Judul Poster:
Poster Ulama-ulama Malaysia

Saiz :
16 x 24

Sumber rujukan poster :
Buku Koleksi Ulama Nusantara
oleh almarhum Hj. Wan Mohd Shaghir Abdullah

Terbitan :
Khazanah Fathaniyah
2015

Harga :
Poster sahaja - RM28
Poster & Bingkai kayu - RM90

* Poster ini dicetak sebanyak 100 helai sahaja. Pesanan melalui pos akan mula dihantar pada 5 November 2015. 

***

Untuk pesanan & pembelian: boleh dirujuk di sini ->>>>>>> Klik Sini

3 comments:

Anak perak said...

Assalamualaikum saya telah pun membeli kitab "Ṭayyib al-Iḥsān fī Ṭibb al-Insān" Wan Ahmad Fathani.

Tapi membacanya tanpa ada sanad rasa seperti ada kekurangan.. Boleh ke saya ambil sanad kitab ini daripada waris Wan Ahmad Shoghir. Tentunya mereka punyai sanad yang bersambung terus kepada penulis kitab.

Di mana saya boleh ambil dan dengan siapa, sekian terima kasih.

Muhammad Razif Zuki Ipoh Perak
Pengamal Pengubatan Islam & Herba