Firman Allah SWT yang bermaksud,
"Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas berdasarkan takwa dari kamu.” (Surah al-Hajj ayat 37)
Bersempena menyambut Aidil Adha tahun ini, InsyaAllah kami dari persatuan PENGKAJI akan mengadakan majlis bersempena ibadah korban ini. Oleh itu, kami mengalu-alukan penyertaan dari Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian, terutama dari ahli-ahli jemaah persatuan PENGKAJI sendiri agar turut bersama-sama menyertai ibadah korban yang bakal dianjurkan nanti. Berikut disertakan maklumat yang berkaitan:
- Satu bahagian : RM380 (Anjuran PENGKAJI- yang akan diadakan di Kampung Padang Balang (Kawasan rumah Hj. Azhar) pada hari Khamis, 11 Zulhijjah, bersamaan 18 November 2010, bermula 8.30 pagi).
- Satu bahagian : RM300 (Korban di Patani, oleh al-Fadhil Tuan Guru Baba Haji 'Abdul 'Aziz)
Untuk maklumat lanjut, boleh menghubungi terus :
1. Abdul Halim (013-3564496)
2. Fo'ad Kastamam (019-2375675)