Wednesday, October 21, 2009

Sejarah Penubuhan PENGKAJI

Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara Malaysia (PENGKAJI) adalah sebuah organisasi terdaftar dengan objektif pengumpulan, penyelidikan, penerbitan dan penyebaran khazanah Islam ulama dan tokoh silam dunia Melayu untuk manfaat umat Islam di rantau Asia Tenggara/Nusantara masa kini dan akan datang.

Tertubuhnya persatuan ini dengan nama singkatannya PENGKAJI adalah hasil dari cetusan pemikiran pengasasnya Al-Marhum Syeikh Wan Mohd Shaghir Abdullah ar-Riyauwi al-Fathani iaitu cucu waris kepada Syeikh Wan Ahmad bin Wan Muhammad Zain al-Fathani. Al-Marhum Syeikh Wan Mohd Shaghir Abdullah ar-Riyauwi al-Fathani adalah seorang pemikir dan pengkaji khazanah Islam serta ulama dunia Melayu, juga sebagai pewaris ulama tertentu di antaranya ialah Syeikh Wan Ahmad bin Wan Muhammad Zain al-Fathani, Syeikh Muhammad bin Ismail Daudi al-Fathani, Syeikh Wan Daud bin Wan Abdullah al-Fathani dan lain-lain.

PENGKAJI didaftarkan pada tahun 1996 sebagai sebuah pertubuhan di bawah Akta Pertubuhan Malaysia di Wilayah Persekutuan dengan No Pendaftaran 2533/96. Tujuannya ialah sebagai tapak memperkembangkan ilmu dan sejarah Islam secara professional bagi peringkat Asia Tenggara serta berfungsi sabagai “ Pusat Penyelidikan dan Penyebaran Khazanah Islam Klasik dan Morden Dunia Melayu ”.

Antara yang dihasilkan adalah dalam pelbagai bentuk informasi dan dokumen yang sangat penting untuk rujukan sebagai sumber ilmu pengetahuan. Pameran tersebut telah berjalan lebih dari 100 kali di beberapa tempat di Nusantara dimulai dari Patani, Brunei Darussalam, Pekanbaru Riau dan Kalimantan Barat (Indonesia), Kemboja, Kuching (Sarawak) dan seluruh negeri di Malaysia. Pameran tersebut telah mendapat sambutan dan sokongan dari pelbagai pihak. Ini menunjukan satu perkembangan yang sihat dan telah membuka minda masyarakat ke arah memartabatkan ulama silam dunia Melayu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


AKTIVITI PENGKAJI

  • Mengadakan Siri Pameran Koleksi Karya-karya Ulama Dunia Melayu

  • Menjalin kerjasama dalam penganjuran seminar, forum, tazkirah, pameran, penerbitan berkaitan ulama dunia Melayu

  • Memberi khidmat berupa bahan kepada para pengkaji dan penyelidik dari berbagai peringkat bagi tujuan penulisan penyelidikan, tesis dan sebagainya.

  • Mengedarkan kitab-kitab Wakaf ke masjid-masjid, surau-surau, pondok-pondok pengajian dan lain-lain ke serata Nusantara. Kitab-kitab Wakaf yang diedarkan ialah Tashilu Naili Amani fi Syarhi ‘Awamilil Jurjani, Faridatul Faraid, Munyatul Mushalli, Risalatul Fathaniyah dan ‘Unwanul Falah.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

AHLI JAWATANKUASA PENGKAJI
2009 - 2011

PENGERUSI:
Haji Abdul Rahman Bin Mohamad

TIMBALAN :
Mohd Fo'ad Bin Kastamam

SETIAUSAHA I:
Abdul Halim Bin Mohamed

SETIAUSAHA II:
Haji Azhar Bin Nordin

BENDAHARI:
Mohamad Saifulrizan Bin Haji Said

AHLI JAWATANKUASA:
Abdul Wahid Bin Ahmed Ibrahim
Azrul Bin Basarudin
Haji Abdul Rahim Bin Mansor
Haji Azman Bin Mufti
Haji Borhan Bin Suparman
Yahya Bin Madon
Zuhairi Bin Abdul Jalil

PEMERIKSA KIRA-KIRA:
Wan Maizul Khar Bin Wan Mahmud
Mahatir Bin Saad

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Gambar:
Tn. Haji Abdul Rahman Bin Mohamad,
pengerusi Persatuan PENGKAJI



No comments: