Monday, October 19, 2009

Khazanah Fathaniyah

Hari ini secara rasminya blog khusus untuk Khazanah Fathaniyah diterbitkan. Sebelum ini, Khazanah Fathaniyah telah mempunyai laman web rasmi iaitu www.khazanahfathaniyah.com, namun disebabkan beberapa kali di'hack', maka saya mencuba alternatif lain agar kerja ini berterusan dan tidak tersangkut-sangkut begitu lama. Diharapkan laman web tersebut dapat diperbaiki dan dipermudahkan penghasilannya bagi melancarkan segala kerja-kerja ini. Tidak lupa berbanyak-banyak terima kasih kepada Mohd Rafiq Hanif(masih seorang pelajar di Darul Qur'an, Kuala Kubu) atas usaha dalam menghasilkan laman web tersebut, sungguhpun dibelenggu dengan pelbagai beban kerja.

Kembali ke matlamat asal, InsyaAllah blog ini akan sentiasa menyalurkan maklumat-maklumat berkaitan penerbitan-penerbitan kami, di samping berkongsi aktiviti-aktiviti semasa Khazanah Fathaniyah dan PENGKAJI. InsyaAllah pada lain masa akan dikongsikan sejarah penubuhan Khazanah Fathaniyah dan PENGKAJI. Semoga perjuangan dan dakwah Al-marhum Haji Wan Mohd Shaghir Abdullah dapat diteruskan dengan berhasilnya blog ini, agar tidak hilang begitu sahaja ditelan zaman.

Sekian.

No comments: