MAKLUMAN


Untuk merujuk senarai penuh terbitan Khazanah Fathaniyah berserta sinopsis ringkas kitab, sila klik =
[http://koleksikf.blogspot.com]

Friday, November 27, 2009

Salam Aidil Adha 1430 H

Salam Aidil Adha dari kami warga
Khazanah Fathaniyah & ahli-ahli jemaah PENGKAJI

Wednesday, November 18, 2009

Koleksi Ulama Nusantara - Jilid 1

Alhamdulillah, sebuah lagi buku terbaru terbitan KHAZANAH FATHANIYAH telah diterbitkan. Perancangan untuk menerbitkan buku terbaru ini telah dirancang agak lama, namun disebabkan pelbagai halangan, maka terpaksa ditangguhkan. Dengan kerjasama pelbagai pihak, maka inilah hasilnya,


KOLEKSI ULAMA NUSANTARA
karya HAJI WAN MOHD SHAGHIR ABDULLAH

Jilid 1


Ini pula kulit belakang bagi Jilid 1
(Jilid-jilid yang lain juga akan menampilkan maklumat biografi penulis dan gambar yang berbeza-beza kesemuanya, InsyaAllah 5 jilid kesemuanya)

Ini pula antara contoh isi yang terdapat di dalamnya

Syeikh 'Abdullah Fahim (ulama dan Mufti Pulau Pinang) adalah tokoh ulama pertama yang dibicarakan


Sultan Sulaiman, antara umara' yang sangat mengasihi ulama

Ini pula antara contoh kitab. Contoh di atas adalah kitab karya Syeikh Haji Muhammad Sa'id Yan, yang berjudul Adabul Katib

Inginkan maklumat lanjut? Boleh perolehinya dengan menghubungi kami atau terus ke lokasi Khazanah Fathaniyah/ PENGKAJI. Terdapat 43 tokoh ulama terkandung di dalamnya, yang meliputi ulama dari pelbagai pelusuk, antaranya Malaysia, Indonesia, Fathani, Campa dan pelbagai lagi. Koleksi ini adalah cantuman artikel-artikel karya al-Marhum Haji Wan Mohd Shaghir Abdullah yang pernah diterbitkan dalam akhbar Utusan (setiap hari Isnin, Kolum Mega-Bicara Agama) untuk tahun 2004 sahaja. InsyaAllah sikit masa lagi jilid ke 2 pula akan menyusul, dan diikuti pula Koleksi Ensiklopedia Nusantara (Artikel yang pernah diterbitkan dalam Berita Harian). Harap didoakan agar segalanya dipermudahkan olehNya, Amin.




Monday, November 02, 2009

FORUM PERDANA - Masjid al-abrar, Melaka

Baru-baru ini pada hari Sabtu (31 Oktober 2009) telah berlangsung Program 'Forum Perdana' sempena Konvensyen Modal Insan Peringkat Luar Bandar, di Masjid al-Abrar, Kampung Semebok, Melaka, anjuran KPLB, dengan kerjasama PENGKAJI. Keterlibatan PENGKAJI, secara tidak langsung KHAZANAH FATHANIYAH juga dalam program ini adalah dengan menyediakan saguhati-saguhati berupa buku-buku terbitan Khazanah Fathaniyah, di samping mengadakan pameran berupa khazanah-khazanah ulama Nusantara, juga termasuk beberapa tugasan-tugasan lain . Sebelum ini, telah diadakan program seumpamanya di 10 buah negeri, InsyaAllah akan dimuatkan di lain-lain masa. Ok, saya biarkan gambar yang akan bercerita dulu, InsyaAllah perincian berkenaan program tersebut akan disambung pada lain masa:-)

Ok, ini tapak pameran & jualan PENGKAJI & KHAZANAH FATHANIYAH

masih di tapak pameran kami...

pandangan di sudut hadapan majlis

ketibaan VIP...

Lawatan VIP ke tapak kami...

Ok, majlis dimulakan...

Antara yang hadhir, terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat, baik tua, muda, remaja, sehinggalah kanak-kanak... alhamdulillah

Ini pula orang-orang kuat Khazanah Fathaniyah, kecuali yang di tengah... (berbaju putih- En.Abdul Halim Mohamed & berbaju kelabu -En. Azrul Basarudin)

Ok, sekian dulu, InsyaAllah bersambung lagi...

BROSUR terbaru KHAZANAH FATHANIYAH

Inilah brosur terbaru berkaitan terbitan-terbitan Khazanah Fathaniyah. Ada sedikit perubahan dari sebelumnya yang mempamerkan kesemua tajuk dan harga sekaligus. Namun, brosur yang dahulu masih dikekalkan, yang mana brosur yang ini hanyalah intro sahaja. Untuk lanjutan dari itu, maka boleh dirujuk kepada brosur yang lama.

Muka depan

Muka Belakang




Wednesday, October 21, 2009

Sejarah Penubuhan PENGKAJI

Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara Malaysia (PENGKAJI) adalah sebuah organisasi terdaftar dengan objektif pengumpulan, penyelidikan, penerbitan dan penyebaran khazanah Islam ulama dan tokoh silam dunia Melayu untuk manfaat umat Islam di rantau Asia Tenggara/Nusantara masa kini dan akan datang.

Tertubuhnya persatuan ini dengan nama singkatannya PENGKAJI adalah hasil dari cetusan pemikiran pengasasnya Al-Marhum Syeikh Wan Mohd Shaghir Abdullah ar-Riyauwi al-Fathani iaitu cucu waris kepada Syeikh Wan Ahmad bin Wan Muhammad Zain al-Fathani. Al-Marhum Syeikh Wan Mohd Shaghir Abdullah ar-Riyauwi al-Fathani adalah seorang pemikir dan pengkaji khazanah Islam serta ulama dunia Melayu, juga sebagai pewaris ulama tertentu di antaranya ialah Syeikh Wan Ahmad bin Wan Muhammad Zain al-Fathani, Syeikh Muhammad bin Ismail Daudi al-Fathani, Syeikh Wan Daud bin Wan Abdullah al-Fathani dan lain-lain.

PENGKAJI didaftarkan pada tahun 1996 sebagai sebuah pertubuhan di bawah Akta Pertubuhan Malaysia di Wilayah Persekutuan dengan No Pendaftaran 2533/96. Tujuannya ialah sebagai tapak memperkembangkan ilmu dan sejarah Islam secara professional bagi peringkat Asia Tenggara serta berfungsi sabagai “ Pusat Penyelidikan dan Penyebaran Khazanah Islam Klasik dan Morden Dunia Melayu ”.

Antara yang dihasilkan adalah dalam pelbagai bentuk informasi dan dokumen yang sangat penting untuk rujukan sebagai sumber ilmu pengetahuan. Pameran tersebut telah berjalan lebih dari 100 kali di beberapa tempat di Nusantara dimulai dari Patani, Brunei Darussalam, Pekanbaru Riau dan Kalimantan Barat (Indonesia), Kemboja, Kuching (Sarawak) dan seluruh negeri di Malaysia. Pameran tersebut telah mendapat sambutan dan sokongan dari pelbagai pihak. Ini menunjukan satu perkembangan yang sihat dan telah membuka minda masyarakat ke arah memartabatkan ulama silam dunia Melayu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


AKTIVITI PENGKAJI

  • Mengadakan Siri Pameran Koleksi Karya-karya Ulama Dunia Melayu

  • Menjalin kerjasama dalam penganjuran seminar, forum, tazkirah, pameran, penerbitan berkaitan ulama dunia Melayu

  • Memberi khidmat berupa bahan kepada para pengkaji dan penyelidik dari berbagai peringkat bagi tujuan penulisan penyelidikan, tesis dan sebagainya.

  • Mengedarkan kitab-kitab Wakaf ke masjid-masjid, surau-surau, pondok-pondok pengajian dan lain-lain ke serata Nusantara. Kitab-kitab Wakaf yang diedarkan ialah Tashilu Naili Amani fi Syarhi ‘Awamilil Jurjani, Faridatul Faraid, Munyatul Mushalli, Risalatul Fathaniyah dan ‘Unwanul Falah.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

AHLI JAWATANKUASA PENGKAJI
2009 - 2011

PENGERUSI:
Haji Abdul Rahman Bin Mohamad

TIMBALAN :
Mohd Fo'ad Bin Kastamam

SETIAUSAHA I:
Abdul Halim Bin Mohamed

SETIAUSAHA II:
Haji Azhar Bin Nordin

BENDAHARI:
Mohamad Saifulrizan Bin Haji Said

AHLI JAWATANKUASA:
Abdul Wahid Bin Ahmed Ibrahim
Azrul Bin Basarudin
Haji Abdul Rahim Bin Mansor
Haji Azman Bin Mufti
Haji Borhan Bin Suparman
Yahya Bin Madon
Zuhairi Bin Abdul Jalil

PEMERIKSA KIRA-KIRA:
Wan Maizul Khar Bin Wan Mahmud
Mahatir Bin Saad

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Gambar:
Tn. Haji Abdul Rahman Bin Mohamad,
pengerusi Persatuan PENGKAJI