MAKLUMAN


Untuk merujuk senarai penuh terbitan Khazanah Fathaniyah berserta sinopsis ringkas kitab, sila klik =
[http://koleksikf.blogspot.com]

Wednesday, November 18, 2009

Koleksi Ulama Nusantara - Jilid 1

Alhamdulillah, sebuah lagi buku terbaru terbitan KHAZANAH FATHANIYAH telah diterbitkan. Perancangan untuk menerbitkan buku terbaru ini telah dirancang agak lama, namun disebabkan pelbagai halangan, maka terpaksa ditangguhkan. Dengan kerjasama pelbagai pihak, maka inilah hasilnya,


KOLEKSI ULAMA NUSANTARA
karya HAJI WAN MOHD SHAGHIR ABDULLAH

Jilid 1


Ini pula kulit belakang bagi Jilid 1
(Jilid-jilid yang lain juga akan menampilkan maklumat biografi penulis dan gambar yang berbeza-beza kesemuanya, InsyaAllah 5 jilid kesemuanya)

Ini pula antara contoh isi yang terdapat di dalamnya

Syeikh 'Abdullah Fahim (ulama dan Mufti Pulau Pinang) adalah tokoh ulama pertama yang dibicarakan


Sultan Sulaiman, antara umara' yang sangat mengasihi ulama

Ini pula antara contoh kitab. Contoh di atas adalah kitab karya Syeikh Haji Muhammad Sa'id Yan, yang berjudul Adabul Katib

Inginkan maklumat lanjut? Boleh perolehinya dengan menghubungi kami atau terus ke lokasi Khazanah Fathaniyah/ PENGKAJI. Terdapat 43 tokoh ulama terkandung di dalamnya, yang meliputi ulama dari pelbagai pelusuk, antaranya Malaysia, Indonesia, Fathani, Campa dan pelbagai lagi. Koleksi ini adalah cantuman artikel-artikel karya al-Marhum Haji Wan Mohd Shaghir Abdullah yang pernah diterbitkan dalam akhbar Utusan (setiap hari Isnin, Kolum Mega-Bicara Agama) untuk tahun 2004 sahaja. InsyaAllah sikit masa lagi jilid ke 2 pula akan menyusul, dan diikuti pula Koleksi Ensiklopedia Nusantara (Artikel yang pernah diterbitkan dalam Berita Harian). Harap didoakan agar segalanya dipermudahkan olehNya, Amin.




9 comments:

hamba said...

salam tuan,

dah lama supaya artikel2 yang berharga ini diterbitkan dalam bentuk buku...
bagaimana saya boleh dapatkan buku ni? kalao Pos boleh x? berapa harga buku dan kos penghantarannya? terima kasih...

KHAZANAH FATHANIYAH said...

Salam Tuan (Hamba),

Terima kasih kerana menyokong koleksi kami. Buat masa ini kami belum mengedarkan lagi buku ini di mana-mana kedai, namun Tuan boleh memperolehinya dengan datang ke lokasi kami, juga boleh melalui pesanan pos. Harga untuk koleksi jilid 1 dan 2 adalah RM35. Tuan boleh menghubungi kami untuk maklumat pengeposan. T.kasih.

Al Sunnah said...

Salaam tuan, saya berminat untuk menjadi pengedar buku Almarhum Tuan Guru, harap dapat bimbingan. terima kasih

hamba said...

salam.. terima kasih, tuan..

InsyaAllah.. saya akan hubungi tuan kemudian..

InsyaAllah... saya akan sama-sama mempromosikan koleksi berharga ini kepada rakan-rakan saya..

Khazanah Fathaniyah said...

Tuan (Al-Sunnah),

Terima kasih atas bantuan tersebut. Sekiranya demikian, Tuan boleh menghantar alamat / no.tel untuk kami hubungi ke emel khazanahfathaniyah@yahoo.com. InsyaAllah kami membantu setakat yang termampu:)

Khazanah Fathaniyah said...

Tuan (Hamba),

Terima kasih sebanyak-banyaknya atas sokongan Tuan. Kalau berminat, boleh menjadi pengedar kepada rakan-rakan:)Terima kasih sekali lagi.

Al Fatoni said...

Assalamu 'alaikum
Boleh tak, kalau saya mau menterjamahkan karya-karya Tuan Guru Wan Muhammad Shaghir ke dalem bahasa Thai, dan mengemukakannya di dalam website. Saya harus buat macam mana kalau mua seperti itu.
Wassalamu'alaikum

Al Fatoni said...

Assalamu'alaikum
Boleh tak, kalau saya mau menterjemahkan karya-karya TG.Hj. Wan Mohd. Shaghir ke dalam Bahasa Thai dan dikemukakan pula dalam website berbahasa Thai, supuya diketahui rakyat Thai yang berketurunan Melayu. InsyaAllah.
Wasalamu'alaikum

KHAZANAH FATHANIYAH said...

Salam Tuan (Al Fatoni),

Ya, tak jadi masalah untuk dipaparkan di website agar dakwah Tuan Guru ini sentiasa berterusan dan disebarkan ke seratanya. Terima kasih