Alhamdulillah, seorang lagi tokoh ulama yang diperkenalkan dalam 'Jejak Ulama Nusantara' semalam, iaitu Syeikh Haji 'Abdul Lathif Tambi Melaka. Dikongsikan sedikit perbicaraan beliau mengenai 'Aqidah menurut Ahlis Sunnah wal jama'ah dalam sebuah kitabnya berjudul Hidayatur Rahman;
"...i'tiqad Ahlis Sunnah wal Jama'ah inilah i'tiqad yang betul, lagi sempurna daripada segala i'tiqad yang lain. Dan i'tiqad inilah, wahai thalib, yang diperpegangi oleh 'ulama yang besar-besar. Maka wajiblah di atas tiap-tiap mukallaf berpegang dengan i'tiqad mereka itu...". Adapun yang dimaksudkan dengan Ahlis Sunnah wal Jama'ah, Haji 'Abdul Lathif Tambi sama pendapatnya dengan jumhur ulama', beliau menegaskan pada bahagian tepi kitab tersebut (Hidayatur Rahman) katanya: "Qauluhu, Ahlus Sunnah wal Jama'ah, iaitu mengikut i'tiqad [Imam] Abil Hasan al-'Asy'ari dan [Imam] Abil Manshur al-Maturidi".
~Sumber : Dipetik dari Koleksi Ulama Nusantara (Jilid 1, hlmn: 7), Haji Wan Mohd Shaghir Abdullah.
Artikel berkenaaan ulama tersebut ditulis oleh al-marhum Haji Wan Mohd Shaghir Abdullah pada 1 Mac 2004, dalam ruangan Agama (Akhbar Utusan). Berikut dikongsikan pautannya: