MAKLUMAN


Untuk merujuk senarai penuh terbitan Khazanah Fathaniyah berserta sinopsis ringkas kitab, sila klik =
[http://koleksikf.blogspot.com]

Tuesday, February 09, 2010

Pameran & Jualan Bulan Februari 2010

Bertemu kembali. Alhamdulillah dalam bulan Februari ini kami banyak menerima undangan untuk mengadakan pameran dan jualan di pelbagai tempat. InsyaAllah dari masa ke semasa kami akan sentiasa memaklumkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan setiap bulan. Dan yang terbaru, Khazanah Fathaniyah dan Persatuan PENGKAJI akan mengadakan pameran dan jualan anjuran JAIS, berikut adalah perinciannya (Mohon kemaafan kerana agak terlambat untuk diwar-warkan).

'SEMINAR AMALAN TARIQAT NEGERI SELANGOR'

TARIKH : 11 FEBRUARI 2010
MASA : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
TEMPAT : BANGUNAN ANNEX, DEWAN UNDANGAN NEGERI. (SHAH ALAM)
ANJURAN : BHGN. PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN JAIS

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sedikit perkongsian gambar antara tokoh-tokoh ulama' Shufi di alam Melayu, dan lakaran kitab-kitab yang berkaitan thariqat. InsyaAllah berkenaan perkara ini akan dibicarakan semula dengan berdasarkan penulisan TG Haji Wan Mohd Shaghir Abdullah melalui beberapa karya-karyanya. Dan sudah pasti lebih banyak info berkaitan tokoh-tokoh ulama Shufi ini dipamerkan di tapak jualan kami.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pameran dan jualan Khazanah Fathaniyah seterusnya akan diadakan di beberapa buah masjid di sekitar Negeri Sembilan, sempena Forum Perdana, kerjasama dengan KPLB (Kementerian Pembangunan Luar Bandar). Berikut adalah perinciannya:

FORUM PERDANA KAWASAN NEGERI SEMBILAN 2010

16-Feb : Masjid Kuala Lapis, Kuala Pilah
17-Feb : Masjid Lenggong
25-Feb : Masjid Kampung Pondok, Gemas
26-Feb : Masjid Astora Kejora, Rembau
26-Feb : Jempol

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pameran dan jualan sempena HAKAS

Tempat : Kota Tinggi, Johor
Tarikh : 19-21 Februari 2010

(Harap maaf nama tempat belum dapat dipastikan).

Sekian, bertemu kembali.



No comments: