Saturday, January 09, 2010

Terbitan terbaharu - Koleksi Ulama Nusantara Jilid ke-2

Assalammualaikum Warahmatullah Wabarkatuh

Bertemu kembali setelah hampir sebulan lebih blog rasmi Khazanah Fathaniyah ini tidak dikemaskinikan, yang disebabkan beberapa masalah teknikal. InsyaAllah pihak kami akan cuba perbaiki akan segala kelemahan yang ada.

Mungkin umum telah mengetahui bahawa dalam bulan November bagi tahun 2009 yang lepas, Khazanah Fathaniyah telah menerbitkan koleksi terbaharunya yang berjudul KOLEKSI ULAMA NUSANTARA Jilid I seperti yang pernah dimaklumi di sini. Alhamdulillah, koleksi yang sudah lama dirancangkan tersebut berhasil juga diterbitkan walaupun pelbagai halangan yang dihadapi.

Walaupun agak terlambat sebenarnya, sukacitanya ingin kami war-warkan bahawa jilid ke II bagi KOLEKSI ULAMA NUSANTARA ini telah juga diterbitkan dalam pertengahan bulan Disember yang lalu. Dalam koleksi jilid I telah dimaklumi bahawa koleksi ini adalah penulisan Al-Marhum Haji Wan Mohd Shaghir Abdullah yang pernah dimuatkan dalam akhbar Utusan Malaysia. Untuk jilid ke II ini pula merangkumi penulisan-penulisan beliau untuk tahun 2005 sahaja.

Koleksi terbaharu yang dibukukan dengan konsep berjilid ini akan menggunakan reka bentuk dan warna kulit yang sama bagi kesemuanya jilid-jilidnya. InsyaAllah, akan mengandungi 7 jilid kesemuanya, yang termasuk Koleksi Ensiklopedia Nusantara (koleksi penulisan Al-Marhum Haji Wan Mohd Shaghir Abdullah dalam Berita Harian).InsyaAllah, dalam bulan Januari ini juga akan menyusul koleksi bagi Jilid ke III pula yang kini dalam proses pengeditan terakhir.

Muka hadapan kulit bagi KOLEKSI ULAMA NUSANTARA jilid ke II.

Ini adalah kulit belakang buku bagi jilid ke II. Seperti yang dimaklumi dalam muqaddimah jilid pertama, setiap jilid akan menampilkan perbezaan pada kulit belakang buku, yang mana ianya membicarakan biografi penulis sendiri bermula dari kecil sehinggalah kembalinya beliau ke rahmatullah, dengan mempamerkan juga gambar yang berbeza antara satu jilid dengan jilid-jilid yang lainnya. Pemilihan gambar adalah dikaitkan dengan biografi yang dibicarakan, yang diselenggarakan oleh anak al-Marhum, iaitu Wan Jumaanatul Karamah.

Terdapat 50 ulama dan tokoh Nusantara yang dibicarakan dalam koleksi jilid ke II ini, yang kesemuanya pernah diterbitkan dalam akhbar Utusan Malaysia sepanjang tahun 2005, setiap hari Isnin. Kesemua ulama dan tokoh yang dibicarakan adalah berikut:

1. Muhammad Yasin, Ulama Kedah Berhijrah ke Mempawah
(Terbitan: 3 Januari 2005)

2. Syeikh Ismail Al-Asyi, Ketua Mahasiswa Melayu Pertama di Mesir,
(Terbitan: 10 Januari 2005)

3. Syeikh Muhammad Azhari Al-Falimbani, Penyambung Aktiviti Ulama-Ulama Palembang
(Terbitan: 17 Januari 2005(

4. Raja Haji Abdullah Riau,Yamtuan Muda Riau ke IX
(Terbitan: 24 Januari 2005)

5. Syeikh Nawawi Banten, Imam Nawawi Kedua
(Terbitan: 7 Februari 2005)

6. Syeikh Ahmad Khatib Al-Minankabawi, Imam dan Khatib Masjid Al-Haram Mekah
(Terbitan: 14 Februari 2005)

7. Tok Wan Din Al-Fathani, Penyalin Karya Syeikh Daud Al-Fathani
(Terbitan: 21 Februari 2005)

8. Sultan Zainal Abidin III, Umara Bertaraf Dunia
(Terbitan: 28 Februari 2005)
9. Datuk Abdullah Musa, Mufti dan Hakim Besar Johor
(Terbitan: 7 Mac 2005)

10. Syeikh Abdul Qadir Bukit Bayas, Ulama Paling Berpengaruh di Terengganu
(Terbitan: 14 Mac 2005)

11. Kiyai Muhammad Saleh Darat, Ulama Besar Jawa Tengah
(Terbitan: 21 Mac 2005)

12. Haji Utsman Bin Abdullah, Ulama Minangkabau Kadi Kuala Lumpur Yang Pertama
(Terbitan: 28 Mac 2005)

13. Syeikh Abdul Wahhab Rokan, Mursyid Tarekat Yang Berwibawa
(Terbitan: 4 April 2005)

14. Ulama Besar Mandailing, Wasiat Pedoman Ahli Keluarga (Syeikh Abdul Ghani bin Abdul Hamid al-Khalidi an-Naqsyabandi)
(Terbitan: 11 April 2005)

15. Berguru di Mekah, Syeikh Abdul Hamid Tentang Golongan Tajdid
(Terbitan: 18 April 2005)

16. Syeikh Nik Mat Hakim, Mahkamah Syar‘ie di Mekah
(Terbitan: 25 April 2005)

17. Tok Kelaba Al-Fathani, Menyalin Pelbagai Manuskrip Melayu
(Terbitan: 2 Mei 2005)

18. Tok Gudang Al-Fathani, Ulama Dan Falak
(Terbitan: 9 Mei 2005)

19. Syeikh Arsyad Thawil al-Bantani, Ulama Jihad di Banten
(Terbitan: 16 Mei 2005)

20. Muhammad Khalil Al-Maduri, Guru Ulama Jawa, Madura
(Terbitan: 23 Mei 2005)

21. Syeikh Ismail Al-Minankabawi, Penyebar Al-Khalidiyah Pertama
(Terbitan: 30 Mei 2005)

22. Syeikh Abdul Hamid Kudus, Pakar Ilmu Arudh, Qawafi,
(Terbitan: 6 Jun 2005)

23. Syeikh Mahfuz at-Tarmasi, Ulama Hadits Dunia Melayu
(Terbitan: 13 Jun 2005)

24. Tuan Mukhtar Bogor, Ulama Ahli Syari'at dan Haqiqat
(Terbitan: 20 Jun 2005)

25. Tok Selehor Kelantani, Berdakwah Lewat Puisi
(Terbitan: 27 Jun 2005)

26. Imam Muhammad Dahlan, Ulama Jawa Termasyhur di Selangor
(Terbitan: 4 Julai 2005)

27. Syeikh Abdul Qadir Al-Fathani, Khalifah Syeikh Daud Al-Fathani
(Terbitan: 11 Julai 2005)

28. Syeikh Abdul Wahid al-Juhuri, Mengislamkan Sultan Buton
(Terbitan: 18 Julai 2005)

29. Wan Fatimah Al-Kalantani, Wanita Melayu Alim di Mekah
(Terbitan: 23 Julai 2005)

30. Syarif Abdur Rahman Al-Qadri, Sultan Pertama Kerajaan Pontianak
(Terbitan: 1 Ogos 2005)

31. Husein Al-Qadri, Penyebar Islam Kalimantan Barat
(Terbitan: 8 Ogos 2005)

32. Mufti Jamaluddin Al-Banjari, Ahli Undang-Undang Kerajaan Banjar
(Terbitan: 15 Ogos 2005)

33. Haji Yusuf Saigon Al-Banjari
(Terbitan: 22 Ogos 2005)

34. Syeikh Abu Bakar Palakka, Penyambung Aktiviti Syeikh Yusuf Makasar
(Terbitan: 29 Ogos 2005)

35. Fakhruddin Al-Falimbani, Ulama Kesultanan Palembang Darus Salam
(Terbitan: 5 September 2005)

36. Syeikh Muhammad Nafis Al-Banjari, Ulama Sufi Dunia Melayu
(Terbitan: 12 September 2005)

37. Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari, Pengarang Sabil Al-Muhtadin
(Terbitan: 19 September 2005)

38. Syeikh Uthman Jalaluddin Penanti, Menguasai Pelbagai Bidang Ilmu
(Terbitan: 26 September 2005)

39. Syeikh Muhammad Said, Cendekiawan Istana Riau
(Terbitan: 3 Oktober 2005)

40. Kiyai Muhammad Shalih Al-Fathani, Ahli Falak Nusantara
(Terbitan: 10 Oktober 2005)

41. Raja Ahmad, Doktor Kerajaan Riau
(Terbitan: 17 Oktober 2005)

42. Syeikh Muhammad Al-Fathani, Ulama Pembesar Turki
(Terbitan: 24 Oktober 2005)

43. Raja Badariyah,Cendekiawan Istana Riau
(Terbitan: 31 Oktober 2005)

44. Syeikh Ahmad Yunus Lingga, Pakar Bahasa Melayu di Mekah
(Terbitan: 7 November 2005)

45.Syeikh Hamzah al-Fansuri, Sasterawan Sufi Agung
(Terbitan: 14 November 2005)

46.Syeikh Nuruddin ar-Raniri, Ulama Ahli Debat
(Terbitan: 21 November 2005)

47. Saiyid 'Utsman Betawi, Mufti Paling Masyhur
(Terbitan: 28 November 2005)

48. Pengembaraan dan Pengubatan, Muhammad Umar
(Terbitan: 5 Disember 2005)

49. Syeikh Abdul Rahman Minangkabau, Mursyid Thariqat Naqsyabandiyah
(Terbitan: 19 Disember 2005)

50. Syeikh Sulaiman ar-Rasuli, Pahlawan Mazhab Syafi'ie
(Terbitan: 26 Disember 2005)


Semoga dengan penghasilan koleksi terbaharu ini akan memberi manfaat dan pengetahuan yang berguna kepada umum.

Terima Kasih atas sokongan semua pihak :)

2 comments:

hamba said...

saya mahu beli kedua-dua jilid!!

terima kasih tuan, kerana sama-sama berkongsi harta berharga Tuan Guru..

moga segala jasa tuan-tuan akan diganjari dengan sebanyak-banyak kebaikan dari Allah swt

Khazanah Fathaniyah said...

Tuan, (Hamba)

Terima kasih sebanyak-banyaknya juga dari kami atas sokongan Tuan. Kami hanya dapat meneruskan segala penulisan-penulisan Tuan Guru dengan hanya menerbitkan kembali karya-karya Tuan Guru. Diharapkan karya-karya beliau dapat dimanfaatkan oleh generasi-generasi kini dan berkesinambungan. Terima kasih sekali lagi.

*Semoga jasa Tuan juga diganjari olehNya atas dakwah perjuangan Islam melalui penulisan di blog Tuan. Semoga usaha tersebut berterusan.