Alhamdulillah, hari ini bersamaan 17 Rabi'ul Awal 1431 Hijrah, Khazanah Fathaniyah telah berhasil mencetak kembali kitab berjudul Al-Bahr al-Wafi wa an-Nahr ash-Shafi karya ulama terkenal yang pernah menjadi hakim mahkamah Syarie di Makkah al-Mukarramah, iaitu Syeikh Muhammad bin Ismail Daudy al-Fathani, atau lebih terkenal di Arab dengan nama Syeikh Muhammad Shaghir al-Fathani atau Syeikh Nik Mat Kecik al-Fathani, nama yang terkenal menurut pertuturan orang Melayu.
Adapun kitab Bahr al-Wafi ini telah beberapa kali diulang cetak atas beberapa permintaan yang berterusan saban tahun. Bahkan kitab ini diakui bahawa antara kitab fiqh terlengkap mengenai perbicaraan haji dan umrah berbanding kitab-kitab turats yang lainnya.
Cetakan pertama kitab ini dimulakan pada tahun 1996 oleh pengasas Khazanah Fathaniyah sendiri iaitu Tuan Guru Haji Wan Mohd Shaghir 'Abdullah. Tahun 2010 ini pula adalah cetakan ulangan yang ke lima dengan menampilkan kulit buku dan reka bentuk yang baharu dari cetakan-cetakan sebelumnya.
Berikut dipetik maklumat ringkas mengenai kitab Al-Bahr al-Wafi ini yang pernah dibicarakan oleh Tuan Guru Haji Wan Mohd Shaghir 'Abdullah dalam ruangan 'Ensiklopedia Nusantara' akhbar Berita Harian.
AL-BAHR AL-WAFI: KITAB FIQH TERBAIK
Penerangan ilmu Fiqh yang jelas dan gaya bahasa mudah difahami

Oleh:
Haji Wan Mohd Shaghir 'Abdullah
Haji Wan Mohd Shaghir 'Abdullah
APABILA membuat analisis penulisan ilmu fiqh bahagian ibadah mazhab Syafie di dunia Melayu, ada sekurang-kurangnya lima judul semodel dengannya, iaitu:
- Ash-Shirath al-Mustaqim karya Syeikh Nuruddin ar-Raniri. Peneliti khazanah dunia Melayu sepakat menyebut bahawa ia adalah kitab fiqh yang pertama dalam bahasa Melayu.
- Sabil al-Muhtadin karya Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari.Beliau menyusun kitab ini berdasar dan lebih memperluas kandungan Ash-Shirath al-Mustaqim.
- Bughyah ath-Thullab karya Syeikh Daud bin 'Abdullah al-Fathani.Sungguhpun Syeikh Daud merujuk pelbagai kitab dalam bahasa Arab, namun dalam Bughyah ath-Thullab, sekurang-kurangnya dua kali Syeikh Daud menyebut judul Sabil al-Muhtadin.
- Fat-hul Mubin karya Syeikh Muhammad Shalih ar-Rawa/ar-Rawi.Pada beberapa tempat dalam kitab ini juga lebih memperjelas beberapa kalimat dalam Sabil al-Muhtadin.
- Memerhatikan tahun penulisan empat kitab itu. maka dapat dipastikan kitab Al-Bahr al-Wafi wa an-Nahr ash-Shafi karya Syeikh Muhammad bin Ismail Daudi al-Fathani adalah yang terakhir dalam penulisan ilmu fiqh bahagian ibadah, mazhab Syafie di dunia Melayu, dalam metod rangkaian kitab yang dibicarakan ini.
Nama penyusun kitab ini cukup terkenal, di kalangan orang Arab di Makkah pada zamannya iaitu Syeikh Muhammad Shaghir al-Fathani. Orang Melayu menyebutnya Syeikh Nik Mat Kecik al-Fathani. Nama lengkap yang digunakan pada halaman depan kitab Al-Bahr al-Wafi wa an-Nahr ash-Shafi ialah "Syeikh al- 'Alim al-Kamil az-Zahid al-Fadhil asy-Syeikh Muhammad bin Ismail Daud al-Fathani".
Karya beliau yang paling terkenal dan terbanyak diajarkan di dunia Melayu ialah Mathla' al-Badrain wa Majma' al-Bahrain. Al-Bahr al-Wafi adalah kitab terakhir yang dikarang Syeikh Muhammad bin Ismail Daudi al-Fathani.
Ditinjau daripada gaya bahasa Melayu yang digunakan, kitab Al-Bahr al-Wafi lebih mudah difahami berbanding karangan beliau yang terdahulu terutama Mathla' al-Badrain. Al-Bahr al-Wafi diselesaikan di Makkah pada l8 Rejab l331/22 Jun 1913. Cetakan pertama 1349 Hijrah/1930 oleh Mathba'ah asy-Syarqiyah kepunyaan Muhammad Ramzi, Jeddah. Ia adalah atas usaha dan tashih anak pengarangnya, Syeikh Muhammad Nur al-Fathani.
Syeikh Muhammad Nur al-Fathani memuji kitab Al-Bahr al-Wafi, kata beliau: "... yang adalah ia sebaik-baik kitab bahasa Melayu pada fiqh Mazhab Syafie, kerana ia mengandungi akan laut masalah fiqh yang sangat dihajati akan dia dengan ibarat yang sehabis nyata dan mudah. Maka teranglah segala hukum fiqh dan masalahnya yang sukar dan yan payah sekira-kira dapatlah pembacanya memahamkan segala ibaratnya...".
Kandungan secara garis besar diterangkan pada halaman depan ialah: “Pada menyatakan kelebihan ilmu, dan yang mempunyai ilmu. Dan menyatakan menakuti akan orang yang meninggalkan sembahyang. Dan pada beberapa hadis menyatakan beberapa bab fiqh.”
Kalimat mula-mula sesudah memuji Allah, selawat dan salam, Syeikh Muhammad bin Ismail Daudi al-Fathani menjurus kepada memartabatkan ahli ilmu dan ulama. Kata beliau: "...bertambah kebajikan akan segala mereka yang mempunyai akal daripada segala ulama', yang nyata kelebihannya.”
Menurut beliau ulama adalah seperti, “gunung, sinar cemerlang pada hati mereka, ibarat matahari memberi petunjuk sekalian rahsia hukum syariat.” Orang yang mempunyai akal pula “dikurniakan dengan hidayah dan mereka pula dilebihkan dari kebanyakan manusia.”
Apabila menyebut kelebihan ulama, Syeikh Muhammad bin Ismail al-Fathani mengkhususkan pandangannya terhadap fuqaha (ulama fiqh), kata beliau: "Dan dikurniakan taufik akan segala fuqaha' tiap-tiap masa menguraikan segala hukum, dan menyatakan dia, dan meninggikan qawa'id al-Islam...”.
Daripada kalimat itu jelas, bahawa peranan fuqaha dengan kaedah ilmu fiqhnya (qawa'id al-Islam) adalah sangat penting. Sesebuah negeri atau pun negara Islam akan pincang apabila ketandusan fuqaha atau ada fuqaha, tetapi tidak berfungsi memberi fatwa yang tepat dan betul.
Mengenai perkara ini Syeikh Muhammad bin Ismail al-Fathani menyambung kalimat di atas, katanya: “Dan dianugerahkan pada faham pada agamanya yang sebenar, yang betul akan mereka yang dikehendaki-Nya, maka ia berpegang dengan simpulan tali teguh dengan ketiadaan putus.”
Fuqaha atau ulama dalam bidang lainnya yang benar-benar memahami ajaran Islam yang sebenar tidak akan mudah dipengaruhi sesiapa pun. Mereka tetap berpegang kukuh kepada al-Quran, sunnah Nabi SAW, ijmak jumhur ulama dan qiyas ash-shahih yang tidak dipertikaikan keilmuan Syeikh Muhammad bin Ismail al-Fathani pula tidak diragukan kerana ketika hidupnya pernah menjadi Kadi Makkah. Beliau pula adalah guru hampir semua ulama yang berasal dari dunia Melayu pada zamannya.

1 comment:
assalamualaikum.. adakah blog ini masih aktif. saya sedang mencari kitab ini. bagaimana saya mahu dapatkannya.. boleh tuan emel kan kepada saya maklumat lanjut utk dapat kan buku ini nazaroon@yahoo.com
terima kasih.
Post a Comment