Assalamu'alaikum, dengan ini Khazanah Fathaniyah menjemput bersama-sama
memeriahkan sekaligus berkongsi pengetahuan/pandangan antara kita,
sebagai satu usaha untuk mengangkat khazanah warisan kita yang berharga
ini. Program adalah terbuka kepada umum dan tiada bayaran dikenakan,
namun pendaftaran diperlukan. Pendaftaran sila klik di link ini: http://khazanahfathaniyah.com.my/pendaftaran-seminar/
===============
Tentatif program :
Tarikh : 13 Disember 2014 (Sabtu)
Tempat : Dewan Kuliah Utama, Fakulti Pengajian Qur'an dan Sunnah, USIM, Nilai, Negeri Sembilan.
Tentatif Program :
v Tentatif Program :
- 8.30 – Pendaftaran peserta dan sarapan
- 9.00 – Ketibaan tetamu-tetamu jemputan
- 9.15 – Bacaan Doa
- 9.20 – Ucapan Pengerusi PENGKAJI dan wakil dari Khazanah Fathaniyah (Tn Haji Abdul Rahman Bin Muhamed)
- 9.30 – Ucapan dan Pelancaran oleh Dekan Fakulti Qur’an dan Sunnah, USIM.
- 10.00 - Pertunjukan Slide Khazanah Ulama Nusantara
- 10.15 – Pembentangan Kertas Kerja I : Pengenalan Biografi Syeikh Abdur Rauf al-Fansuri, oleh: al-Fadhil Ustaz Mohd Zaidi Abdullah) Moderator : Tn. Abdul Halim Bin Muhamed
- 11.00 – Pembentangan Kertas Kerja II : Pengenalan kitab Turjuman al-Mustafid, oleh al-Fadhil Dr. Wan Nasyruddin bin Wan Abdullah dan al-Fadhilah Ustazah Norhaznira Ibrahim. Moderator : Ustaz Muhammad Hafiz bin Ahmad Tajudin.
- 12.00 – Sesi Soal-Jawab/ Perbincangan
- 12.30 – Bersurai dan jamuan makan.
Penganjuran ini adalah bertujuan untuk mencapai objektif yang digariskan berikut:
1) Menambahkan kefahaman serta menyebarluaskan pengetahuan berkenaan kitab, dan ketokohan pengarang kitab.
2) Agar dapat menggalakkan dan memulakan pengkajian ke peringkat seterusnya, seperti pentahqiqan dan penyelidikan dari pelbagai aspek lain dan sebagainya, hasil dari ringkasan dapatan-dapatan pembentangan.
3) Meningkatkan minat terhadap khazanah-khazanah ulama Nusantara, terutama melalui karya-karya sebagai cermin kegemilangan tamadun Melayu.
4) Memupuk rasa cinta dan menjana kesedaran masyarakat mengenai kepentingan karya-karya ulama kita sebagai warisan Negara.
5) Memartabatkan karya-karya ulama silam Melayu yang juga merupakan lambang keperibadian dan peradaban bangsa Melayu, sebagai sumber penting dalam penyelidikan.
===============
Pendaftaran - sila klik di link ini:
http://khazanahfathaniyah.com.my/pendaftaran-seminar/
No comments:
Post a Comment