Tuesday, March 22, 2011

Saksikan Turath Ulama' - TV1

Kesibukan yang terus menerus, ditambah dengan beberapa aktiviti yang baru, antara faktor blog Khazanah Fathaniyah ini tidak dapat dikemaskini secara seimbang. Untuk perkembangan buku terkini, Khazanah Fathaniyah belum dapat menghasilkan terbitan baru, tetapi InsyaAllah buat masa terdekat ini usaha untuk mengulang cetak kembali buku-buku yang telah kehabisan stok akan cuba dilakukan dengan edisi terbaharu. Segala perkembangan berkaitannya, InsyaAllah akan dimaklumkan semula. 

Selain penerbitan buku, Khazanah Fathaniyah bersama Persatuan PENGKAJI turut aktif menganjurkan pengajian-pengajian kitab Turath yang sebelumnya ini diajar oleh al-Marhum Ustaz Wan Mohd Shaghir Abdullah, meliputi pelbagai cabang ilmu dan kitab. Usaha tersebut kini tetap masih diteruskan, dengan menjemput ustaz-ustaz yang mempunyai kepakaran mengajar kitab-kitab turath Melayu berkaitan bidang -bidang ilmu yang tertentu. 

Kesinambungan dari itu, satu kesepakatan telah dicapai antara Khazanah Fathaniyah dan JAKIM untuk memperluaskan lagi dakwah pengajian kitab turath ini melalui saluran media elektronik pula. Hasilnya maka tercetuslah 'TURATH ULAMA', yang akan disiarkan di TV1, bermula hari ini (Selasa), jam 6.30 petang. Berikut adalah perinciannya:

Setiap hari Selasa (6.30 - 7.00 Petang)

Kitab : 
Kitab Faridatul Fara'id 
(Kitab berkaitan Tauhid), karya Syeikh Ahmad al-Fathani.

Penyampai :
Ustaz Azhar Hasyim





Setiap hari Rabu (6.30 - 7.00 Petang)

Kitab :
Kitab Munyatul Mushalli 
(Kitab berkaitab sembahyang), karya Syeikh Daud Bin Abdullah al-Fathani.

Penyampai :
Ustaz Abdul Halim Saad


Rakaman pengajian ini juga dibuka kepada umum. Sekiranya berminat untuk hadir, boleh menghubungi Abdul Halim  Muhamed (013-3564496) atau pejabat (03-61897231) untuk maklumat lanjut. Kelas pengajian untuk sesi rakaman dilaksanakan setiap hari Ahad, bermula 8 pagi - 11 pagi. Kitab-kitab pengajian disediakan.

Sekian, untuk makluman. Semoga ada manfaatnya:)

6 comments:

Panglima Perang Cyber said...

saya ada link artikel tuan di blog saya.

semoga berjaya usaha mempertahankan ahli sunnah wal jamaah.

Insya Allah!

KHAZANAH FATHANIYAH (001050373-V) said...

Terima kasih atas sokongan:) InsyaAllah perjuangan ini akan diteruskan sedaya termampu kami. Terima kasih.

Abu Muhammad Al-Mujahid said...

slm tumpang tanya, rakaman pengajian kitab 2 dibuat dimana?
setengah jam je? huhu.

KHAZANAH FATHANIYAH (001050373-V) said...

Wassalam. Untuk makluman Tuan, tayangan bersiaran di TV memang setengah jam sahaja. Tetapi sesi rakaman (shooting) diadakan 4 siri - 2 siri (1 jam) untuk kitab Faridah, dan 2 siri lagi untuk kitab Munyatul Mushalli, dilaksanakan pada hari yang sama. Tiada sebarang syarat dikenakan, hanya berpakaian baju Melayu dan berkain pelekat/ jubah (disesuaikan dengan kaedah pengajian kitab. Sekiranya berminat untuk hadir, hubungi kami di talian yang tertera. Dialu-alukan:) Terima kasih atas sokongan.

tercari-cari said...

assalam semua,

saya mencari video rakaman kesemua siaran Turath Ulama di TV1.

ada sesiapa tahu mana nk dapatkannya?

please, mintak tolong sgt2 sbb sy baru tahu ada siaran tersbut td.

harap dapat sesiapa bantu.

terima kasih.
wslm.

Panglima Perang Cyber said...

harap rancangan Turath Ulama disiarkan juga dalam youtube


terima kasih