Alhamdulillah, dua buah lagi kitab turats telah pun diulang cetak kembali, atas tujuan terdapatnya banyak permintaan terhadap karya ulama-ulama terkenal di alam Melayu itu. Kitab yang dimaksudkan adalah kitab (i) Munyatul Mushalli : Pengetahuan Sembahyang Masyhur karya al-'Alim Syeikh Daud al-Fathani, dan (ii) Faridatul Fara'id fi Ilmi 'Aqaid karya Syeikh Ahmad al-Fathani.
Faridatul Faraid fi 'Ilmi 'Aqaid
Munyatul Mushalli : Pengetahun Sembahyang Masyhur
Adapun penerbitan kitab ini adalah berupa kitab wakaf, yang mana ianya akan diedarkan ke sekalian tempat-tempat pengajian sama ada di pondok-pondok pengajian, masjid, surau mahupun kelas-kelas pengajian yang mempelajari kitab-kitab tersebut. Alhamdulillah tahun-tahun sebelum ini sebanyak 25 ribu unit setiap kitab telah diwakafkan, sekaligus habis diedarkan ke tempat-tempat yang dikenalpasti, yang bukan sahaja meliputi Malaysia, malah turut diedarkan ke Patani, Kemboja, dan Indonesia.
Seperti yang dimaklumi di atas, disebabkan kedua-dua kitab tersebut masih banyak permintaan dari pelbagai pengajian, maka untuk tahun ini kami mengulang cetak kembali sebagai usaha untuk memenuhi keperluan tersebut. Oleh itu, sempena di bulan yang penuh keberkatan ini, kami ingin war-warkan sekiranya Tuan-tuan / Puan-puan yang dihormati sekalian berhajat mahu mewakafkan kedua-dua kitab tersebut, boleh menghubungi kami seperti berikut :
No. Tel Pejabat : 03-6189 7231/
Abdul Halim : 013-3564496/
Azrul : 016-3520094
Untuk makluman juga, sepanjang bulan Ramadhan ini, kami boleh diketemui di UIA, Gombak (dataran masjid) dan mengadakan jualan serta wakaf kitab, bermula 16 Ogos hingga 5 September ini. Potongan sebanyak 20% untuk kesemua terbitan Khazanah Fathaniyah (kecuali kitab wakaf) sepanjang tempoh tersebut.
Selain itu, terdapat juga beberapa kitab lain terbitan Khazanah Fathaniyah yang dikategorikan sebagai kitab wakaf. Untuk selanjutnya, klik di sini.
Sekali lagi, selamat menyambut dan mengimarahkan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.
Sekian.
No comments:
Post a Comment